oke tetibe je jam 1.34 pagi, 7 julai 2012 neh aku nk wat entry...actually tgh study sbab 2ptg nt ade paper... (study la konon)....so entry mlm neh not originally from me, aku copy paste kt blog org je neh...blom cukup ilmu di dada neh..so semua orang tahu mengumpat mmg berdosa besar kan..kalo nk mengumpat sama mcm makan daging sedara sndiri...ieeewwww makan orang??? oh no..!!
anyhow mengumpat dibolehkan utk beberapa perkara atau lebih kepada membuka aib orang, bukan memfitnah orang taw....bende yang kenyataan tapi mengaibkan orang tuh, bukan org tuh xwat tapi kite sibuk duk canang org wt bnde2 sekian tuh....so entry ini bermula dengan............................
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;Beruntung orang yang
sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri,daripada memperkatakan
keaiban orang lain. Orang yang menganggap dirinya tak pernah buat salah adalah
berdosa besar
Mengumpat hanya dibenarkan dalan beberapa perkara saja.
1.Bila berlaku penganiayaan seperti seseorang mengadukan kepada hakim yang
ia telah dizalimi oleh seseorang demgan tujuan agar hakim dapat mengembalikan
semula haknya daripada orang yang menzaliminya.Menyebutkan keburukan atau
kejahatan penzalim pada hakim adalah dibolehkan,kerana hendak menjelaskan
perkara sebenar mengenai kezaliman orang tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud;Sesunguhnya orang yang mempunyai hak itu,boleh mengucapkan alasan.
2.Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kejahatan dari
seseorang kepada kebaikan.
3.Mengingatkan seseorang Islam lain supaya jangan terjebak dengan
kejahatan seseorang jika kita tahu seseorang itu jahat,maka kita ingatkan orang
lain,supaya jangan mendekatinya.
4.Bila seseorang itu memang dah terkenal dengan sesuatu gelaran yang
menunjukkan kekurangan dirinya.Dan orang tersebut tidak marah dengan gelaran
tersebut.
5.ketika meminta fatwa atau penjelasan sesuatu hakim dalam agama.
6.Bila seseorang itu memang sengaja secara terang membuat
kemungkaran(kefasikan)dan megah serta bangga pula dengan perbuatannya itu maka
terhadap orang ini tidaklah dilarang mengumpatnya. Untuk membersihkan diri dari
dosa mengumpat agar jangan dihukum diakhirat nanti,maka wajib baginya rasa
menyesal dan bertaubat atas dosa2nya itu,ini jika ia mampu melakukanya dan
tidak dikhuatiri terjadi sesuatu bahaya.
:: don't get me wrong keh, bukan nak menggalakkan korang mengumpat but sometimes we need to for amar makruf, nahi munkar, selamat beramal.....